Followers

Saturday, January 15, 2011

TIPS MENDAPAT ANAK SOLEH DAN SOLEHAH ( BAB 2 )

5 Petua Dapat Anak Soleh dan Solehah
Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.
Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.
Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.
Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.
Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.
Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”
Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya. -feryco

TIPS MENDAPAT ANAK SOLEH DAN SOLEHAH ( BAB 1 )

 
Anak nakal.
Anak degil tak dengar kata.
Anak yang terjebak dengan kebejatan sosial.
Anak ‘ketegaq’ atau ‘nana’ – dialek kedah.
“Ish, si fulan itu curi motor aku semalam.. tak serik-serik dengan kelakunya.” Rungut seorang lelaki sambil mencekak pinggang menahan amarah.
“Anak siapa?” Tanya rakannya.
“Anak si fulan itulah. Bapak dengan anak sama, si bapa kaki botol, main judi, kaki perempuan!” Sambutnya dengan nada yang sedikit tinggi. Marah bukan kepalang lagi.
“Patutlah, bapak borek, anak rintikkan?”
Kesemua perilaku anak-anak, samaada degil, nakal, buas, keras kepala, benak dan ‘ketegaq’ sememangnya menjadi igauan ngeri buat para ibu bapa penjaga mahu pun masyarakat sekitarnya. Amat pelik jika ada ibu bapa penjaga mengatakan bahawa mereka gembira mendapat anak-anak yang degil dan bersangatan jahatnya. Itu bererti dia mengiyakan kejahatan anaknya jika mengukir rasa gembira.
Baiklah, mari kita renung sejenak, mengapa perkara ini terjadi. Walhal pada asalnya anak-anak itu adalah putih, bersih tanpa sebarang perilaku negatif. Orang melayu dahulukala kerapkali mencipta peribahasa yang bersandarkan kepada perilaku masyarakat, misalnya peribahasa yang berkait rapat dengan masalah ini ialah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Benar, tetapi lebih benar lagi ialah bagi membentuk rebung atau buluh yang elok semaikanlah dan tanamlah dengan cara yang paling baik. Gunakan tanah subur dan penjagaan yang rapi, pasti akan terbit hasil rebung dan buluh yang menarik. Mana mungkin terhasil rebung manis daripada tanah kering kontang tanpa baja kecuali dengan izin Allah SWT.
KRITERIA PASANGAN
Sebelum pernikahan lagi Islam telah menetapkan perihal ini. Pilihlah pasangan yang mengenal siapa Allah SWT, siapa kekasihNya, dan tahu bagaimana praktikal mengabdikan diri kepada Pencipta. Itu asasnya yang paling utama. Di samping itu, sebelum menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan, setiap pasangan harus memiliki ilmu berumahtangga agar tak terpesong ke lembah kemungkaran. Faktor-faktor ini adalah perkara pokok yang patut diketahui setiap umat Islam.
Lihatlah bagaimana terbentuknya salasilah keturunan para sahabat, tabie’ tabie’in, ulama’ dan cendikiawan Islam antaranya Imam Syafie’ yang berketurunan Rasulullah SAW dan bersambung pada Abd Manaf. Ibunya pula menurut pendapat yang masyhur adalah seorang berketurunan Yaman dari suku Azd.
Imam Nawawi meriwayatkan tentang ibu Imam Syafie’, katanya: “Rasulullah SAW pernah bersabda: al-Azd ialah singa Allah di bumi ini, ramai dari manusia hendak menjatuhkan mereka, tetapi tidak diizinkan Allah SWT, bahkan Allah SWT meninggikan mereka, dan sesungguhnya pada suatu masa manusia akan berkata: Alangkah bertuahnya jika aku seorang Azdi dan alangkah bertuah juga jika ibuku seorang Azdiyyah.”
Mengenai Imam Syafie’, Rasulullah SAW juga pernah bersabda tentang kedatangan Imam Syafie’ r.a:
“Seorang alim daripada bangsa Quraisy akan memenuhi lapisan dunia ini dengan ilmu.”
Begitu juga yang terjadi pada silsilah keturunan Umar bin Abdul Aziz – cicit kepada Saidina Umar al-Khattab. Pernikahan cucu Saidina Umar al-Khattab dengan seorang lelaki bernama Abdul Aziz bin Marwan lalu melahirkan pula Khalifah adil dan saksama iaitu Umar bin Abdul Aziz. Kehebatannya memerintah dunia Islam ketika itu sudah diketahui umum semenjak dahulu hingga kini.
Formulanya, bagi menghasilkan keturunan anak cucu yang soleh dan solehah (ada juga segelintir keturunan baik terhasil daripada kalangan keluarga zalim, tetapi dengan izin Allah SWT mereka menjadi soleh dan solehah) – langkah pertama adalah kriteria pasangan yang dipilih adalah BERIMAN kepada Allah SWT. Gabungan sperma dan ovum manusia beriman pastinya membawa sel-sel genetik bagi menatijahkan penghasilan anak yang mempunyai akhlak, agama dan aqidah yang sebenar.
Syeikh Ali al-Khawas berkata: “Hendaklah setiap orang memperhatikan sifat anak-anaknya. Jika sifat mereka baik, maka itu adalah akhlaknya. Jika buruk, itu juga akhlaknya. Sebab sperma (mani) turun dari dirinya dengan sifat-sifat tersebut. Maka tidak ada yang boleh disalahkan selain dirinya sendiri.”
Perkara ini juga Allah SWT telah peringatkan dalam firmannya:
“Dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” (al-Baqarah: 221)

PULAU REDANG...

Geng Frenz zone....Ramai cakap kat saya apa kata kita buat percutian kat satu tempat yang best2,kita ajak ramai2 join bagi meriah sikit.Lalu saya berbincang dengan rakan2 lain kat mane tempat yang best nak buat,kemudian ada yang cadang kat pulau redang.Fuhh dasyat n best tu tempat nye,pantai mmenarik dengan air laut yang membiru mesti seronok.

Antara aktiviti yang kita boleh buat kat sana tentulah snokling,bbq,berkhemah ke dan lain-lain lagi mengikut cadangan dari rakan2 yang lain.

Setakat ni belum ada tarikh yang tetap untuk kita menganjurkan percutian ini,tunggu dari cadangan kawan2 yang lain.Insyaallah jika tiada aral melintang kita akan bercuti bersama-sama


Cerita bergenre seram arahan Shamsul Yusof.Ada pengajaran didalam cerita ini tentang kepercayaan seseorang terhadapa kuasa2 ilmu hitam ni.Walaupun zaman sekarang sudah moden namun segelintir manusia masih mempercayai atau menggunakan kuasa2 ilmu hitam ini masyaallah...Filem lakonan Shamsul yusof,lyana jasmay ini adalah sesuatu yang menarik untu ditonton.
“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?
Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Januari 2011.

Tuesday, January 11, 2011

Kata-kata bijak tentang Persahabatan

 

Friends are those rare people who ask how you are and then wait for the answer. ~Author Unknown

A friend is the one who comes in when the whole world has gone out. ~Grace Pulpit

One doesn't know, till one is a bit at odds with the world, how much one's friends who believe in one rather generously, mean to one. ~D.H. Lawrence

Friendship is unnecessary, like philosophy, like art.... It has no survival value; rather it is one of those things that give value to survival. ~C.S. Lewis

Constant use will not wear ragged the fabric of friendship. ~Dorothy Parker

Some people go to priests; others to poetry; I to my friends. ~Virginia Woolf

There are big ships and small ships. But the best ship of all is friendship. ~Author Unknown

The best kind of friend is the one you could sit on a porch with, never saying a word, and walk away feeling like that was the best conversation you've had. ~Author Unknown

The language of friendship is not words but meanings. ~Henry David Thoreau

A true friend is one who thinks you are a good egg even if you are half-cracked. ~Author Unknown

Friends are kisses blown to us by angels. ~Author Unknown

It's important to our friends to believe that we are unreservedly frank with them, and important to the friendship that we are not. ~Mignon McLaughlin, The Neurotic's Notebook, 1960

It is the friends you can call up at 4 a.m. that matter. ~Marlene Dietrich

She is a friend of mind. She gather me, man. The pieces I am, she gather them and give them back to me in all the right order. It's good, you know, when you got a woman who is a friend of your mind. ~Toni Morrison, Beloved

Friends can be said to "fall in like" with as profound a thud as romantic partners fall in love. ~Letty Cottin Pogrebin

Nothing but heaven itself is better than a friend who is really a friend. ~Plautus

If instead of a gem, or even a flower, we should cast the gift of a loving thought into the heart of a friend, that would be giving as the angels give. ~George MacDonald

A real friend is someone who would feel loss if you jumped on a train, or in front of one. ~Author Unknown

Silences make the real conversations between friends. Not the saying but the never needing to say is what counts. ~Margaret Lee Runbeck, Answer Without Ceasing

Love is like the wild-rose briar;
Friendship is like the holly-tree.
The holly is dark when the rose briar blooms,
But which will bloom most constantly?
~Emily Bronte

Our most difficult task as a friend is to offer understanding when we don't understand. ~Robert Brault

Sahabat Sejati

 
 
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama karenanya...

Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi membutuhkan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.
Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.

Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

Ingatlah kapan terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ???
Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??
Siapa yang ingin bersama anda
saat anda tak bisa memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **

Sunday, January 9, 2011

Terciptanya Frenz zone

Hye semua saya hanya nak menceritakan sedikit bagaimana terciptanya FRENZ ZONE di alam dunia nih he nak tulis pon tak tahu tapi cube lah sebab blog pertama kan macam pelik je hukhuk.Idea tercipta FRENZ ZONE lahirnya dari kawan-kawan saya yang ada disekeliling salah satu tujuannya adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan yang telah lama dan baru terjalin ye lah kadang-kadang nak jumpa pun susah sebab masing-masing ada hala sendiri so saya pun mendapat idea dari Facebook bagaimana kalau saya mewujudkan satu group untuk kenalan yang saya ada dalam masa yang sama rakan saya yang ada boleh kenal dengan rakan yang lain kira macam satu link gak lah kan...
Dan pada sehingga Blog ni ujud alhamdulillah saya dapat cari balik rakan waktu skool yang lama tak contact walaupon tak semua.Pada masa yang sama rakan saya yang ada dapat lah kenal dengan rakan-rakan lama huh dah macam MLM la plak konsep je kut he.Selain mencari rakan dan kenalan dengan kewujudan FRENZ ZONE saya dan rakan dapat melakukan beberapa aktiviti yang dirancang bersama contoh pergi berkelah,jalan-jalan makan angin dan lain-lain bagi mengeratkan lagi perhubungan sesama rakan kalau lepaq-lepaq kat kedai kopi tu kire aktiviti gak la kan so free2 kite buleh la lepaq dari buat ntah ape-ape kan.Selain aktiviti jalan-jalan or lepaq ni saya juga minta sesiapa yang berminat dengan photographer or main dengan DSLR buleh la kite kongsi-kongsi idea,geng FRENZ ZONE gak ada geng bikerz so sape minat main motor besau tu buleh la nanti lepaq yang tak de pon buleh je ne taw kena racun tak pasal buat loan kat bank rakyat beli moto terus hahaha macam saya lah kene racun hakhak...takpe slow2 kayuh...
Harapanya 1 hari nanti kite buleh kumpol ramai-ramai then buat makan-makan saya sponsor pon tak pe tapi tunggu dah jadi orang yang banyak wang lah kan kalo tak botak kepala hehehe...dan cadangan yang ada dalam kepala otak ni bile dah kumpol ramai-ramai saya nak sposor t-shirt khas FRENZ ZONE tu cadangan nye aje lah harap nya dapat lah kita sama-sama capai...
Dah tak tau nak tulis apelagi dah so sampai disini saja lah penulisan kali ini ape-ape aktiviti yang terlintas di kepala korang sume buleh lah post kat group FRENZ ZONE di Facebook ye bulah la kite ramai-ramai kan majlis dan juga korang sume dapat Add member-member korang supaya buleh menyertai geng FREN ZONE NI...akhir skali terima kasih kat Hafis haris,Soleh,G-Dah,Jasmima aida n sida,Roziema,Ikin,Tinie dan lain-lain kerana korang lah ujud nye geng ni....dah ape lagi chow dulu bye2....

Saturday, January 8, 2011

FRENZ ZONE 0.01 ''XTVT'' 01.01.11


Pada 01.01.11 frenz zone telah membuat ''XTVT'' yang pertama untuk tahun 2011 bertempat di PORT DICKSON N.SEMBILAN sempena tahun baru.Walaupun tak ramai yang ikut kerana masaalah tertentu tetapi ''XTVT" ini berjalan dengan meriah.Terima kasih kepada soleh,roziema,ikin,md yisrol,ifa,imah,epul,dll.
Insyaallah ada umur yang panjang kite ketemu lagi untuk next ''XTVT'"










SELAMAT TAHUN BARU

Selamat tahun baru kepada semua warga frenz zone.Semoga dengan kehadiran tahun baru ini kita akan dapat lagi mengeratkan silaturrahim sesama kita insyallah.Semoga kalian semua dapat mencapai azam yang ditanam dalam minda dan menjaji yang lebih baik dari yang sebelumnya insyaallah.

Sempena tahun baru ini saya sebagai pencetus frenz zone  ini telah mencipta satu blog untuk kte semua tatappi dan lihat segala aktiviti serta program yang telah kami lakukan.Dan saya juga berharap rakan-rakan yang ada dapat mengajak rakan-rakan yang terdekat dapat menyertai fren zone ini untuk menambahkan lagi bilangan ahli frenz zone dan memeriahkan segala aktivti yang.

sekali lagi saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua frenz zone.